Cerita Sepetang – Topic Sensitive!


Okay ni saya nak bercerita sikit lah ye. Panjang sikit. Tapi saya tetap nk cerita.

Pada suatu petang yg indah cuacanya. Datang kunjungan dari jiran lama bersama anaknya lelaki 2 org lingkungan umur 7-9 tahun gitulah dan bayi perempuan nya yg lebih kurang bwh 10 bulan. So biasalah sebagai org tua di rumah, macam biasa sambut tamu dgn mesra. Semakin rancak dah berbual.

Tuan rumah: (mula dukung babygirl tu, siapa yg tk suka bayi comel kan) Eh eh, semangat betul dia. Comel sangat. Cantik dia. Geram tengok.

Masa ni pun si menantu pun dtg bersalam sambil diperkenalkan dgn kakak yg dikatakan jiran lama.

Tetamu: Cik belom ada cucu lagi? (mcm biasa lah saja2 je tanya. Dan soalan begitu sememangnya dianggap biasa-biasa sahaja)

Tuan rumah: Belum lagi. Belum ada rezeki lagi. (ni masih tgh dukung baby, and panggil menantu perempuannya) Mari lah *** tgk baby ni. Cantik dia. Bagus tk takut org. Mari lah sini dukung tgk.

Out of courtesy, menantu pun come over tgk baby. Tak nak cakap apape. Senyum je. Rasanya kalian mcm dh boleh agak what is coming after this.

Tetamu: Iye ke. Eh jangan lambat lambat lah ***. Masih muda lagi larat, buat baby cepat2. Janganlah kerje keras sangat, Kesian maknye tu tu nampak suka sangat tk sabar nk cucu tu.

(Okay ni part dh mula makin interesting)

Si menantu pun senyum je. (Paling safe lah kan) Dia cuma ckp, Insyaallah. Dengan izinNya nnt dapat lah. Sekarang belum ada rezki lagi.

Tuan rumah: Pernah ada dh, tpi apa nak buat tk dpt bertahan, kira belum tkde rezki lagi.

Tetamu: Tu lah kerje keras sangat tu agaknya. Mmg tk boleh lasak2 kalau tgh berisi. Tkpelah cuba lagi cuba lagi. Mari lah sini dukung baby, dia mcm suka je tengok awak.

Amboi! Lantang betul bahasa bicara tu. Kalian rasa ye tak?

By this time semua semestinya dh boleh agak kan. Apa perasaan si menantu yg lebih-lebih lagi yg pernah mengalami keguguran lebih 3 kali. Sesungguhnya mmg dia rasa agak terkesan in that spur moment. Hendaknya dia membidas perbualan mereka, mujurnya memilih utk bertenang dan berusaha  sepenuh daya mengawal emosi yg sedang bercampur aduk.

Well, nak ckp apa kan. SENYUMMMMM je lah 🙂 Dia menolak tetap tak nak dukung. Mcm2 alasan bagi. So just tgk baby and senyum je. Si menantu pun cuba ambil kesempatan nk mengelak dari berada di situ, terus bangun beredar ke dapur mula cari apape benda boleh buat. Sibuk-sibuk kan diri lah katakan. Akhirnya dapat juga pelan-pelan beredar.

Okay sekarang saya punya turn nak cakap sikit. Kerana ni ada lah suatu gambaran dalam masyarakat kita yg kerap kali berlaku. Sekadar pandangan peribadi dari sudut mata hati saya. Apa yg saya akan cakap ni ada lah pada umumnya dan tiada niat berarah tuju pada sesiapa langsung baik yg hidup atau mati. So harap baca dengan minda terbuka.

PERTAMA sekali, kalau datang berkunjung di rumah org tu, biasalah kan, kita dididik supaya sentiasa jaga adab dan bahasa bicara. Kena peka dengan perasaan setiap yg berada di keliling lagi-lagi orang-orang dalam rumah yg dikunjung tu. Jangan sedap mulut je.

KEDUA, part “Tuan rumah: Pernah ada dh, tpi apa nak buat tk dpt bertahan, kira belum tkde rezki lagi”….Rasanya pada sudut pandangan saya, tidak perlu lah sampai nak kena beritahu tentang hal sebegitu kepada someone yg sekadar hanya kenalan biasa, yg jarang sekali berhubung. Pada sayalah, walaupun dgn ahli keluarga sekali pun, kalau tidak ada apa-apa hal atau masaalah, rasanya tidak ada sebab nk kena beritahu pun. Ini bukan perkara yg sesuai nak dijadikan bahan bualan cerita. Sepertinya mcm rasa nk kena justify dengan org yg si menantu tu boleh hamil atau tidak ada masaalah kesuburan ke apa. Dengan rendah dirinya, saya pilih untuk bersangka baik dan menganggap itu sekadar kelalaian kecil sebagai manusia biasa seperti saya juga. Nothing serious.

KETIGA, part ckp ‘Lady 1: Tu lah agaknya kerje keras sangat tu. Mmg tk boleh lasak2 kalau tgh berisi. Tkpelah cuba lagi cuba lagi. Mari lah sini dukung baby, dia mcm suka je tengok awak. ‘. Ini pada saya bukan suatu soalan tapi suatu andaian. Andaian yg kurang baik. Topic2 sebegini mmg sensitive kan, so jgn lah beriye sangat buat andaian yg boleh guriskan hati simpulan tu. Awak tk pernah kenal dia, bukan juga satu rumah dengan dia, awak tak pernah tahu kehidupan harian dia, apa ujian dan cubaan dia lalui secara terpaksa. So saya berbalik pada bersangka baik, Mungkin awak tidak sengaja dan tidak berniat apape. Cuma terselam dlm perbualan. Biasalah kalau dh rancak berbual, sesiapa sahaja kadang tidak sedar dgn pilihan perkataan dlm perbualan. Saya sudah memaafkan juga.

Sekadar meluahkan sahaja. This is my first attempt berlisan dalam bahasa melayu walaupun tk sepenuhnya. After all, wasnt that hard as I thought it will be :):):)

Sekian. Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s